Monday, May 28, 2012

Tips Batting

Spinner Track
Lebihkan bermain di hadapan. Jgn bagi bola tu turn banyak. Step out, use feet.
Off spin turn banyak, duduk off stump. Buka peluang untuk main sweep.
Jgn bagi pembaling dominate kita. Buat sesuatu, jgn terlalu banyak block. Ambil calculative risk, paddle sweep/use criss off leg/ supaya pembaling xdpt line yang dikehendaki (cuba berfikir perkara lain).
Leg spin turn banyak, guna criss/step out. Langkah besar dan sentiasa side on! jgn buka badan sesekali! tgk line bola sama dengan depan kaki. BIG STEP dan sweep akan membantu.

RBW
Bila main front foot lebih mudah untuk mencuri 1 larian y pantas. Back foot akn menjauhi jarak diantara kita dgn criss non-striker (berhati2). Calling di antara pasangan melalui body language adalah disarankan, jika tidak ada kesefahaman Panggilan kuat dan pantas diperlukan supaya tidak berlaku run out. Sentiasa melihat pasangan anda!.

Drive
Kedudukan kaki untuk kestabilan adalah amat penting. Lagi stabil tapak dirian, lagi kuat pukulan dapat dihasilkan. Kedudukan badan memainkan peranan penting sama ada bola itu naik atau leret. Paling selamat adalah sentiasa tegak dan berada di tengah-tengah pusat kita. Luruskan badan seakan-akan kita berdiri tinggi. Lepasan tangan lurus ke hadapan akan menentukan bola tersebut kena tepat dengan bat dan mengarah ke sasaran.

Glance
Teknik yang mudah dan amat diperlukan oleh semua batsman. Kaki rapat bagi memberi ruang bat memukul bola di bawah muka. Badan setinggi yang boleh sambil mata memandang bola. Tangan akan lurus selepas memusing bat apabila kena bola dan berat badan dilemparkan ke hadapan.

Sweep
Langkah yang besar garis lurus dengan arah bola. Badan dan kepala serendah yang mungkin bagi memperolehi view yang lebih baik. Tangan lurus ke hadapan serta berat badan dipindahkan kepada bat sehingga kena bola.

Sentiasa membuka kaki dihadapan dahulu bagi keadaan bersedia dan mudah untuk kembali ke belakang tanpa berlaku kompleksiti dalam pergerakan. Back lift memainkan peranan utama semasa langkah dibuka. Perlu seiringan bersama-sama langkah yang dibuat.

Itu sahaja buat masa ini. Akan memuatkan pelbagai teknik kriket di masa hadapan :)

Good to share


No comments: