Sunday, April 19, 2020

Clay Pitch

Lapangan tengah (Pitch) tanah ini amat penting untuk semua pemain kriket. Pelbagai jenis tanah yang boleh digunakan untuk menjadikan lapangan tengah yang boleh dipakai semasa perlawanan kriket berlangsung selama sehari, lebih kurang 7 jam tanpa henti. Di Malaysia, jenis tanah yang sesuai dipakai adalah tanah liat dari Harrison Dam, Darwin yang mempunyai ciri warna yang gelap dan boleh tahan keras di cuaca panas. Disebabkan kos yang tinggi untuk baik pulih menggunakan Tanah Darwin ini, tanah tempatan yang berwarna merah keorenan digunapakai.

Bagi menyediakan situasi sebenar di dalam perlawanan kriket ataupun dikenali sebagai simulasi perlawanan sebelum perlawanan sebenar berlangsung, keadaan lantunan, putaran, pergerakan bola perlu dihasilkan sama dengan keadaan semasa perlawanan yang akan dimainkan. 

Di setiap tempat permainan kriket profesional/(international) - mereka memastikan tempat latihan diadakan di lapangan tengah pitch yang bertanah, bukannya di lapangan tengah (pitch) tiruan (synthetic).
Persediaan atlet adalah sangat penting bagi persiapan perlawanan yangbakan datang.