Tuesday, June 5, 2012

Posisi Padang

Pertama sekali pembaling perlu meneliti pemukul kuat di bahagian mana dan cepat membuat ramalan awal : ke mana kah bola yang dibaling akan pergi. Pembaling dan juga ketua perlu memain peranan penting untuk memastikan segala posisi padang yang dibuat menepati ramalan.

Pace Bowler
Jika ada banyak swing in atau out, cuba letak lebih banyak pemain mengikut aliran swing bola.
Swing akan berkurangan jika bola telah lama digunakan/basah kena air atau embun pagi/berulang kali pukulan oleh pemukul ke tanah.
Cepat2 ubah posisi padang seperti biasa di kedua2 belah padang untuk selamatkan daripada boundaries.

Spinner
Off spin yang banyak kepada pemukul kanan : perlu ada short fine/square leg untuk potongan satu larian mudah. Cuba buka ruang di bahagian cover, untuk memberi peluang pemukul bermain di cover dan pada masa sama bola yang turn banyak akan menghasilkan caught & bowl.

Orthodox kepada pemukul kiri - jika pembaling perlahan, buka ruang short third man, dan letakkan pemain di short fine. Pembaling yang lemah dan mudah beri larian pada pihak lawan : cepat2 ubah posisi selamat seperti biasa mengikut aliran putaran pembaling.

Tips : Perancangan awal dan kesedaran situasi semasa memerlukan pemikiran kritikal dan kreativiti pemain. Pengalaman yang berguna hendaklah digunakan dengan sebanyak yang mungkin bagi mengatasi segala masalah dengan kadar segera.    :-)    :-p

Friday, June 1, 2012

Gambar Team Kriket Menteri



Ini lah sebahagian daripada pasukan kriket Menteri 2012 di Kinrara Oval sempena Piala Menteri Sukan 2012.
Dari sebelah kanan sekali : Faiz M. Noor, Azlan Iskandar (Squash Star), Venu (Astro Arena), Dato Shaberi Cheek (Menteri Sukan 2012) dan Suhan Kumar.

Published with Blogger-droid v2.0.4