Sunday, October 25, 2009

Proses Refleksi Metakognitif

Proses refleksi metakognitif merupakan satu proses mengingat kembali segala yang telah kita lakukan dari awal hingga ke akhir sesebuah tindakan. Pada proses membangun sesebuah blog P&P, penulis telah mengambil 4 strategi utama dimana dibawah strategi tersebut terdapat beberapa tindakan lain. Pembaca boleh lihat rentetan perjalanan penulis dalam membangunkan laman blog P&P.

Langkah pertama -PERANCANGAN

Pada peringkat awal ini, pengkaji telah membuat pelan tindakan terlebih dahulu. Hal ini bertujuan supaya pengkaji dapat lihat secara keseluruhan tindakan yang bakal diambil. Pelan tindakan yang dibuat termasuklah senarai semak perkara yang ingin dilakukan.

Langkah kedua - GERAK KERJA DAN TINDAKAN

Peringkat kedua pula melibatkan peringkat pelaksanaan gerak kerja mahupun segala tindakan yang telah dirancang pada peringkat pertama tadi. Pada peringkat ini, pengkaji telah mengambilenam tindakan iaitu :

1.Mencari tajuk yang sesuai di dalam buku teks
Pengkaji telah mencari tajuk yang difikirkan sesuai di dalam buku teks. Pengkaji menyenaraikan beberapa tajuk yang difikirkan baik dan akhirnya pengkaji telah memilih tajuk Komputer dalam Pendidikan di bawah bab penggunaan komputer dan penggunaan sesebuah Perisian di dalam komputer.

2.Mencari buku atau sumber rujukan tambahan
Seterusnya pengkaji telah ke perpustakaan Tun Sri Lanang bagi mencari buku dan sumber rujukan tambahan. Pengkaji tidak hanya menggunakan buku teks sebagai maklumat utama tetapi mengambil kira sumber lain seperti melayari internet. Pengkaji telah menggunakan 10 buah buku dan rujukan tambahan dalam pembinaan blog ini.

3.Membuat peta konsep
Setelah memperolehi bahan rujukan tambahan, pengkaji telah membuat peta konsep. Hal ini bertujuan supaya pengkaji dapat melihat dan menentukan jumlah objektif yang bakal dilaksanakan. Peta konsep yang sesuai adalah menggunakan perisian micosoft Power Point untuk dijadikan sebagai gambar

4.Mencari template yang bersesuaian
Langkah seterusnya adalah mencari template yang bersesuaian bagi blog P&P pengkaji. Template yang hendak digunakan mestilah bertetapan dan bersesuaian dengan tajuk yang dipilih. Bukan itu sahaja, ia mestilah mampu menarik minat golongan yang ingin membaca blog yang ingin dibangunkan tidak kira apa jua golngan pembaca.

5.Memasukkan segala isi kandungan mengikut peta konsep
Tindakan terakhir pada peringkat kedua ini adalah memasukkan segala isi kandungan blog mengikut maklumat yang terdapt pada peta konsep. Dalam erti kata lain, aktiviti post dilakukan pada peringkat ini. Isi kandungan yang dimasukkan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam buku teks serta bahan-bahan bacaan lain yang difikirkan sesuai dan bertetapan dengan tajuk. Isi kandungan hendaklah menepati sepuluh kriteria yang telah ditetapkan.

Langkah ketiga - PEMANTAUAN DAN PEMERHATIAN

Peringkat ketiga pula melibatkan peringkat pemantauan dan pemerhatian ke atas segala tindakan yang telah dilaksanakan pada peringkat kedua tadi. Pada peringkat ini, pengkaji telah mengambil dua tindakan utama iaitu :

1.Melakukan pengharmonian ke atas blog
Pada tindakan ini, pengkaji telah melakukan pengharmonian ke atas blog dimana memasukkan elemen-elemen lain yang difiirkan sesuai ke dalam blog. Antara elemen-elemen tersebut adalah jam, kalender, label, biodata pengkaji dansebagainya. Langkah ini diambil bagi memperlihatkan kecantikan blog disamping mampu menarik minat pengunjung blog.

2.Membuat penambahan isi yang difikirkan sesuai
Seterusnya, pada langkah ketiga ini juga pengkaji telah membuat penambahan isi kandungan yang difikirkan sesuai. Ia terdiri daripada tips-tips penggunaan komputer serta sumber rujukan. Hal ini bertujuan agar para pembaca lebih meyakini akan kesahihan maklumat yang diberikan.

Langkah keempat -PENILAIAN

Peringkat keempat pula ia melibatkan peringkat terakhir iaitu proses penilaian ke atas segala tindakan yang telah dilaksanakan pada peringkat ketiga-tiga peringkat tadi. Pada peringkat ini, pengkaji telah mengambil dua tindakan utama iaitu :

1.Membuat penambah baikan ke seluruh blog
Tindakan pertama pada peringkat ini adalah dengan membuat penambah baikan ke atas seluruh blog sama ada isi kandungan, grafik, elemen dan sebagainya. Ia bertujuan untuk memperbetulkan mana-mana bahagian yang terdapat kesilapan ataupun kekurangan. Tindakan ini dilakukan setelah meminta pandangan daripada beberapa orang rakan yang lain .

2.Membuat refleksi
Seterusnya adalah tindakan terakhir iaitu membuat refleksi. Refleksi bertujuan untuk mengimbas kembali segala perlakukan ataupun tindakan yang telah diambil dari awal proses penubuhan laman blog tersebut. Tindakan ini mengajar pengkaji supaya mampu berfikir secara kritis.

Monday, September 7, 2009

PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik.

Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat.



Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:
  1. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.
  2. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelaran, debagai sebahagian daripada subjek tersebut dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.
  3. Menggunakan ICT untuk menigkatkan produktiviti,kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.

Friday, August 21, 2009

ICT dalam pendidikan

SUKAN DAN REKREASI


Pada 20/08/09 kelas GGGE1155 Komputer Dalam Pendidikan Dr. Siti Fatimah telah memberi penjelasan mengenai penggunaan Microsoft PowerPoint dan memberi tips y penting utk membuahkan kerja PowerPoint y menarik.

Pada mulanya Dr memberi keterangan mengenai bagaimana hendak memulakan sesuatu kerja atau PowerPoint dengan menggunakan layout y sesuai.
-tekan tab home
-tekan layout
-pilih layout y sesuai


Penggunaan slidemaster adalah merekabentuk template y menyimpan maklumat ttg sesebuah template termasuk style font, saiz placeholder dan posisi rekabentuk background dan warna skema maklumat.
slidemaster jg membenarkan anda memasukkan unsur2 biasa di setiap slide sperti footer, nombor slide, logo atau gambar
-tekan tab view
-tekan slide master

Slide Master in Powerpoint

Untuk membuat PowerPoint lebih menarik, Dr telah memberitahu pelajar supaya menggunakan shapes y berbeza bentuk dan warna supaya pada setiap page akan menampakkan lg keunikan@kreatif sesuatu kerja itu. Bak kata Dr, "ada UUMMMM"..
-tekan tab insert
-tekan shapes

powerpoint-2007-timeline-2

Selain itu, anda jg boleh membuat animasi terhadap shapes y anda telah buat di mukasurat berkenaan. Dengan adanya custom animation, anda boleh menggerakkan sesuatu bentuk y anda pilih.
-tekan tab animations
-tekan custom animation


Itu saja buat hari itu...




Sunday, April 5, 2009

Usahawan Muda


ONE DROP PERFUMES by Egyptian Potion

 
 Pati minyak wangi tanpa campuran alkohol dan air
 Sesuai dipakai semasa solat
Kotak yang menarik sesuai dibuat barangan hantaran perkahwinan dan hadiah
 Diinspirasikan daripada jenama antarabangsa
  Penggunaan botol 'miniature roll on' yang mudah dibawa
 "Hanya Setitik,Wangi Sepanjang Hari"

  
    

    
 Women Set 1 

  1. Inspired by Escape - Calvin Klein 
2. Inspired by Romance - Ralph Lauren
3. Inspired by Pleasure - Estee Lauder
4. Inspired by Still - Jennifer Lopez
5. Inspired by For Her - Narciso Rodrigues
6. Inspired by Baby Doll - Yves Saint Lauren
7. Inspired by Cool Water for Women - Davidoff
8. Inspired by Apple Blossom - Body Shop
 
      
Women Set 2  

1. Inspired by Tresor - Lancome 
2. Inspired by Envy - Gucci
3. Inspired by Heaven - One Drop Perfume
4. Inspired by Eternity for Women - Calvin Klein
5. Inspired by Gloria - Cacharel
6. Inspired by Miracle - Lancome
7. Inspired by J'adore Dior
8. Inspired by Intense - Hugo Boss

       
 Women Set 3

1. Inspired by CK Be - Calvin Klein
2. Inspired by Be Delicious - DKNY
3. Inspired by Light Blue - Dolce & Gabbana
4. Inspired by Vanilla Musk - Coty
5. Inspired by Sunflower - Elizabeth Arden
6. Inspired by Women Boss - Hugo Boss
7. Inspired by Palace - Paris Hilton
8. Inspired by Poeme - Lancome

     
 Women Set 4

1. Inspired by Coco Mademoiselle - Chanel
2. Inspired by Aqua di Gio For Women - Giorgio Armani
3. Inspired by Lolita Lempicka - Lolita Lempicka
4. Inspired by Baby Jasz - One Drop Perfume
5. Inspired by Gold - Amouage
6. Inspired by Montana - "Parfum de Peau" Montana
7. Inspired by Yohji - Yohji Yamamoto
8. Inspired by Amarige - Givenchy

    
 Men Set 1

1. Inspired by Black - Bvlgari
2. Inspired by Blue Jeans - Versace
3. Inspired by CK One - Calvin Klein
4. Inspired by Eternity - Calvin Klein
5. Inspired by Polo Sport - Ralph Lauren
6. Inspired by Acqua di Gio - Giorgio Armani
7. Inspired by Issey Miyaki - Issey Miyaki
8. Inspired by Hugo Men - Hugo Boss

   
 Men Set 2

1. Inspired byBoss Signature - Hugo Boss
2. Inspired by Echo - Davidoff
3. Inspired by Tuscany per Uomo - Aramis
4. Inspired by Cool Water - Davidoff
5. Inspired by Drakkar Noir - Guy Laroche
6. Inspired by Allure Pour Homme - Chanel
7. Inspired by Le Male - J.P.Gaultier
8. Inspired by Pleasure for Men - Estee Lauder

Celebs' Special for Women-RM45 (NEW)
Image
1. Inspired by M, Mariah Carey
2. Inspired by Lovely, Sarah Jessica Parker
3. Inspired by Curious, Britney Spears
4. Inspired by Kate, Kate Moss
5. Inspired by Show Time, Kylie Minogue
6. Inspired by Paris Hilton, Paris Hilton
7. Inspired by Black Pearl, Elizabeth Taylor
8. Inspired by Glow, Jennifer Lopez


 Celebs' Special for Men-RM45(NEW)
Image
1. Inspired by Instinct, David Beckham
2. Inspired by Unforgivable, Sean John
3. Inspired by True Star, Enrique Inglesias
4. Inspired by Jordan, Michael Jordan
5. Inspired by Adventure, Ewan McGregor
6. Inspired by Life, Andre Agassi
7. Inspired by Blue Seduction, Antonio Banderas
8. Inspired by He, Usher

HADIAH HARI JADI
HADIAH UNTUK YANG TERISTIMEWA

HADIAH HARI IBU
HADIAH HARI BAPA
HADIAH HARI NATAL (MARRY CHRISMAS)
HADIAH ULANG TAHUN PERKAHWINAN



Sekotak hanya RM40/RM45 untuk 1 set wangian (Smnjg)
Sekotak hanya RM45/RM50 untuk 1 set wangian (Sbh/Srwk)

Jika berminat sila hubungi :-
016-9712305 (Faiz)