Tuesday, June 5, 2012

Posisi Padang

Pertama sekali pembaling perlu meneliti pemukul kuat di bahagian mana dan cepat membuat ramalan awal : ke mana kah bola yang dibaling akan pergi. Pembaling dan juga ketua perlu memain peranan penting untuk memastikan segala posisi padang yang dibuat menepati ramalan.

Pace Bowler
Jika ada banyak swing in atau out, cuba letak lebih banyak pemain mengikut aliran swing bola.
Swing akan berkurangan jika bola telah lama digunakan/basah kena air atau embun pagi/berulang kali pukulan oleh pemukul ke tanah.
Cepat2 ubah posisi padang seperti biasa di kedua2 belah padang untuk selamatkan daripada boundaries.

Spinner
Off spin yang banyak kepada pemukul kanan : perlu ada short fine/square leg untuk potongan satu larian mudah. Cuba buka ruang di bahagian cover, untuk memberi peluang pemukul bermain di cover dan pada masa sama bola yang turn banyak akan menghasilkan caught & bowl.

Orthodox kepada pemukul kiri - jika pembaling perlahan, buka ruang short third man, dan letakkan pemain di short fine. Pembaling yang lemah dan mudah beri larian pada pihak lawan : cepat2 ubah posisi selamat seperti biasa mengikut aliran putaran pembaling.

Tips : Perancangan awal dan kesedaran situasi semasa memerlukan pemikiran kritikal dan kreativiti pemain. Pengalaman yang berguna hendaklah digunakan dengan sebanyak yang mungkin bagi mengatasi segala masalah dengan kadar segera.    :-)    :-p

Friday, June 1, 2012

Gambar Team Kriket Menteri



Ini lah sebahagian daripada pasukan kriket Menteri 2012 di Kinrara Oval sempena Piala Menteri Sukan 2012.
Dari sebelah kanan sekali : Faiz M. Noor, Azlan Iskandar (Squash Star), Venu (Astro Arena), Dato Shaberi Cheek (Menteri Sukan 2012) dan Suhan Kumar.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 31, 2012

Kriket - Piala Menteri Sukan

Perlawanan Kriket (10over) di antara pasukan Menteri Belia Dan Sukan menentang pasukan Media SAM
31 Mei 2012 Kinrara Oval 5-8pm

Tetamu undangan Dato Shaberi Cheek Menteri Sukan 2012.
Bersama-sama diiringi Tunku Imran Penaung MCA.
Juga kelihatan jaguh squash negara, Azlan Iskandar.
Pelakon veteran terkenal Dato Rahim Razali turut hadir memeriahkan majlis.

Pasukan media tidak kurang hebatnya dengan membariskan pemain2 seperti Hafizal Hamad (RTM), Abu Bakar Atan (TV3) dan sebgainya.

Sesi latihan kepada Dato Shaberi Cheek di lapangan tengah :
Batting dengan memakai kelengkapan kriket.
Bowling dengan jarak penuh.
Diikuti dengan latihan kepada jaguh squash Azlan Iskandar.

Sesi tangkap gambar VVIP bersama pasukan kriket Malaysia (senior,u19,16 dan womens)

Pasukan Dato Shaberi Cheek membuat pukulan dahulu.
Kelibat Dato amat dinanti2kan kerana ini kali pertama Dato bergiat secara langsung dalam sukan kriket ini.
Walaupun pasukan Media baru shj bermain tetapi semangat yang ditunjukkan amat menakjubkan.
Dato memikul tugasan sebagai pemukul no 3 dalam pasukan.
Dato dapat melakukan pukulan serta mendapat pungutan mata dengan tanpa sebarang masalah.
Penyokong2 memberi sorakan kpd Dato sebgai pencetus semangat di dalam kawasan permainan.
Kelibat Azlan Iskandar muncul sejurus selepas Dato dikeluarkan oleh pihak lawan iaitu Abu Bakar Atan.
Azlan membuat pukulan selamat di awal permainan. Apabila arahan diberikan oleh rakan pasukan (Iqbal Ali) untuk melakukan pukulan jauh, baru Azlan mengeluarkan skill dia.
Azlan dapat melakukan pukulan boundary four sebanyak 2 kali dan tidak dapat ditumbangkan oleh pihak lawan.

Perlawanan dihentikan kerana faktor cuaca hujan lebat yang tidak berhenti dan akhirnya penganjur membatalkan perlawanan ini. Majlis penutup dilakukan selepas makan malam berakhir.

Sangat gembira melihat Azlan semangat untuk bermain kriket, memakai peralatan kriket buat kali pertama, tidak selesa dengan perlindungan alat sulit (ball guard). Walaupon berlainan teknik dan kefahaman dalam sukan, azlan tetap dapat mengadaptasikan dirinya untuk berkecimpung dalam sukan kriket. Feedback dari dia adalah amat menggembirakan kerana dia ingin bermain lagi kerana merasakan permainan kriket ini adalah sukan yang menyeronokkan. Begitu juga dengan Dato yang sanggup menunggu hujan berhenti supaya perlawanan dapat dijalankan seperti biasa. Malangnya hujan masih tidak berhenti. Pasukan Media berhajat untuk membuat latihan intensif dalam sukan kriket kerana berhajat untuk membuat sekali lagi perlawanan seperti ini. :)

Majlis2 sperti ini perlu dilakukan seberapa kerap untuk memperkembangkan sukan kriket di tanah air. Dengan harapan, langkah pertama ini dapat membuka mata rakyat Malaysia untuk minat kepada sukan ini. Tidak lupa juga kepada kementerian yang lebih mengenali sukan ini dan juga pihak media yang akan memperluaskan sukan ini di Media elektronik, cetak dan sebagainya.

:-) Pengalaman yang bermakna

Wednesday, May 30, 2012

Tips Fielding

Ambil Bola Leret
Sentiasa rendahkan badan selari dengan garisan bola.
Hulurkan kedua-dua belah tangan melepasi kaki depan dan kepala.
Menangkap bola dengan kedudukan badan menjadi sisi.
Tarik tangan balingan ke belakang.
Lompat kaki kanan diikuti kaki kiri ke hadapan untuk menjana kuasa dari graviti bumi (bawah ke atas).
Arahkan tangan penunjuk ke sasaran dengan tapak tangan menghala ke belakang badan.
Baling bola ke arah sasaran dan diikuti follow tru sehingga ke pinggang berlawanan.

Penting : kedudukan tapak kaki yang stabil menentukan kuasa balingan


Drills
Tangkap bola sepak/bola tampar/ yang lebih besar daripada bola kriket sebanyak 50 kali.
Guna kedua-dua belah tangan untuk menangkap bola.
Tukar kepada bola kriket dan akan ada perubahan drastik semasa menangkap bola kriket.
Rasa lebih mudah untuk ditangkap dan susah untuk drop.

5 Simple Rules For Happiness

1. Free your heart from hatred
2. Free your mind from worries
3. Live simply
4. Give more
5. Expect less

Monday, May 28, 2012

Tips Batting

Spinner Track
Lebihkan bermain di hadapan. Jgn bagi bola tu turn banyak. Step out, use feet.
Off spin turn banyak, duduk off stump. Buka peluang untuk main sweep.
Jgn bagi pembaling dominate kita. Buat sesuatu, jgn terlalu banyak block. Ambil calculative risk, paddle sweep/use criss off leg/ supaya pembaling xdpt line yang dikehendaki (cuba berfikir perkara lain).
Leg spin turn banyak, guna criss/step out. Langkah besar dan sentiasa side on! jgn buka badan sesekali! tgk line bola sama dengan depan kaki. BIG STEP dan sweep akan membantu.

RBW
Bila main front foot lebih mudah untuk mencuri 1 larian y pantas. Back foot akn menjauhi jarak diantara kita dgn criss non-striker (berhati2). Calling di antara pasangan melalui body language adalah disarankan, jika tidak ada kesefahaman Panggilan kuat dan pantas diperlukan supaya tidak berlaku run out. Sentiasa melihat pasangan anda!.

Drive
Kedudukan kaki untuk kestabilan adalah amat penting. Lagi stabil tapak dirian, lagi kuat pukulan dapat dihasilkan. Kedudukan badan memainkan peranan penting sama ada bola itu naik atau leret. Paling selamat adalah sentiasa tegak dan berada di tengah-tengah pusat kita. Luruskan badan seakan-akan kita berdiri tinggi. Lepasan tangan lurus ke hadapan akan menentukan bola tersebut kena tepat dengan bat dan mengarah ke sasaran.

Glance
Teknik yang mudah dan amat diperlukan oleh semua batsman. Kaki rapat bagi memberi ruang bat memukul bola di bawah muka. Badan setinggi yang boleh sambil mata memandang bola. Tangan akan lurus selepas memusing bat apabila kena bola dan berat badan dilemparkan ke hadapan.

Sweep
Langkah yang besar garis lurus dengan arah bola. Badan dan kepala serendah yang mungkin bagi memperolehi view yang lebih baik. Tangan lurus ke hadapan serta berat badan dipindahkan kepada bat sehingga kena bola.

Sentiasa membuka kaki dihadapan dahulu bagi keadaan bersedia dan mudah untuk kembali ke belakang tanpa berlaku kompleksiti dalam pergerakan. Back lift memainkan peranan utama semasa langkah dibuka. Perlu seiringan bersama-sama langkah yang dibuat.

Itu sahaja buat masa ini. Akan memuatkan pelbagai teknik kriket di masa hadapan :)

Good to share


Saturday, May 26, 2012

Klinik Kriket 12' Selesai

Alhamdulillah selesai sudah Klinik Kriket di SMK Bukit Rokan.
Peserta, Fasilitator, dan Ahli kelab sama-sama berkongsi kemahiran sukan kriket pada hari ini.

Aktiviti
1. Teknik Fielding - juggling between con, high catches and throwing.
2. Teknik Bowling - bowl to target. 
3. Teknik Batting - tap and go, hit full toss, hit on the ground tru target.
4. Perlawanan 5 overs antara pelajar (campur).
5. Perlawanan kutip bola dan sentuh badan (sistem belatok).

Pembayaran bas dilakukan sebelum bas bergerak.

Pembukaan yang tidak begitu formal, ada 2 cikgu sahaja. Dilakukan dengan kadar segera/spontan di astaka sekolah. Penutup untuk penghargaan kpd sekolah (cikgu-cikgu dan fasilitator), hadiah pemenang teknik-teknik/perlawanan/belatok.

Sesi fotografi bersama-sama semua peserta dilakukan di hadapan ruang astaka sekolah berlatar belakang kain rentang klinik kriket 12.

Makanan sangat baik dan tidak membazir. Dapat dihabiskan oleh semua yang terlibat dalam Klinik ini. Katering dibuat oleh kantin sekolah itu sendiri. Tempat makan untuk guru dan MT diletakkan di bilik makan khas oleh guru. Tong sampah dan tempat letak pinggan dan cawan disediakan oleh sekolah tersebut dan terletak di penjuru kantin.
Pagi - Mee goreng dan teh o panas
Tengah hari - Nasi ayam dan sirap
Petang - Meehoon dan teh panas
Pembayaran makanan dibuat oleh AJK makanan kepada cikgu Azmi SMKBR sejurus selepas tamat aktiviti penutupan di astaka.

Ahli kelab membantu fasilitator untuk mengutip segala maklumat bagi peserta terbaik di dalam setiap kumpulan. Air ditempatkan di bahagian tengah diantara dua kumpulan supaya dapat berkongsi minum air semasa rehat. Kebersihan tapak aktiviti dijaga dengan baik supaya dapat menimbulkan suasana bersih dan selamat utnuk melaksanakan aktiviti. Masa diberikan sebanyak 20 minit untuk pengajaran dan 10 minit untuk simulasi. 2 peserta terbaik di setiap kumpulan yang dipilih oleh fasilitator akan diserahkan kepada Coach Salahuddin untuk sesi simulasi. 

Banyak peluang dan penambahbaikan boleh dilakukan. Masa memainkan peranan penting di setiap aktiviti. Moderator (program) untuk mengawal aktiviti perlu diberi perhatian supaya kelancaran aktiviti dilakukan tanpa sebarang masalah dan kelewatan. Semua aktiviti dilakukan tanpa sebarang kecederaan. Masalah plug/con tertinggal dapat diatasi dengan kadar segera dan membuat kreativiti sendiri seperti beli jam/guna stump dan bola untuk digantikan barang-barang yang tertinggal. Pembahagian kumpulan/hadiah/tugasan dilaksanakan dengan baik. Pemikiran kritikal dan kreativiti menjadi punca utama kelancaran program ini. Secara keseluruhannya, ahli kelab kriket UKM dapat melaksanakan program ini dengan jayanya. Dengan perancangan yang baik akan membuahkan program yang cemerlang dan gemilang. Tahniah dan terus maju jaya.

Faiz M. Noor - 2012
Terima kasih di atas kerjasama anda. :)

p/s  : jika ada salah silap minta maaf dan disarankan untuk tambah jika terdapat masalah2 lain. Sama-sama kita kongsi pengalaman


Friday, May 25, 2012

Jessica Sanchez

Candidate American Idol 2012.
Jessica Sanchez from Filipino.
Awesome voice!
And why she was not selected as a winner on the final?!
No popularity? because she is Filipino? she has a lot of potential.
Kinda weird.
I love her voice

http://www.youtube.com/watch?v=HMdogL_NxJc&feature=related

Klinik Kriket UKM 12'

Fuhhh, tugasan semester ni sedikit mencabar.
Nak bg nasihat pon kena ada prosedurnye.
Sekolah baru SMKBR N9.
Faiz cuba untuk lakukan perkara baru.
Memberi sama adil kpd kumpulan besar ini.

Permintaan saat akhir menimbulkan keraguan.
Bas buat program ni kelam kabut.
Nasib baik byk inisiatif dibuat oleh peserta kelab.
Pengorbanan dibuat oleh ahli2 kelab y memikul tggjwb.

Klinik Kriket di hari esok akan mematangkan kami semua.
Minta semua berjalan dengan baik tanpa sebarang halangan.
Semoga berjaya ahli2 kelab kriket UKM :)
Sokongan dan bantuan akan terus disalurkan kpd anda.


Kembali

Dah lama xtulis blog.
Kembali menerangi blog usang ini.
Akn manfaatkan peluang y tersedia ini.

Kini, sudah menjadi dewasa.
Pemikiran pon dah bertukar ideologi,
Klu ada y mmberi kesan positif,
Apa salahnya untuk share bersama2

Ini lah Faiz M Noor.
Sentiasa menjadi org y baik dan terbaik.
Andai berlaku salah faham.
Semua itu, salah dari pihak Faiz.
Y baik dtg dr Allah swt

Always do love my life. :)