Sunday, July 19, 2015

Jemputan tabur bakti di SKOB

1. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk memanjangkan lagi karier sebagai pemain kriket di sepanjang kehidupan ini. Banyak pengajaran sepanjang menjadi atlet sukan Kriket dari usia muda lagi iaitu berumur 10 tahun lagi di mana, dapat mewakili negeri Kedah buat kali pertamanya sebagai atlet kriket.


2. Jemputan bermain kriket di Australia seperti ini jarang sekali berlaku. Kebiasaanya, individu yang mampu mengeluarkan dana sendiri atau melalui persatuan sahaja berpeluang ke sana. 


3. Tahap permainan di sana mungkin tidak berapa tinggi dibandingkan tahap permainan di Malaysia, akan tetapi budaya pemikiran dan kelangsungan permainan akan memberi sedikit impak kepada cara permainan. Mungkin perlu dimain dengan mode perlahan dengan lebih banyak lagi daripada mode attack sebelum ini.


Semoga dipermudahkan segala urusan. Butiran boleh dilihat seperti surat berbahasa Inggeris di bawah :


               

 

9 July 2015


Ahmad Faiz Bin Mohammad Noor
C/- Malaysian Cricket Association
Kinrara OvalLot 105866, Jalan BK 5A/1
Bandar Kinrara, 47100 Puchong,
Selangor Darul Ehsan


Dear Faiz,


RE:Invitation to Play


St Kevin’s Old Boys Cricket Club (St. Kevin’s) would like to formally invite you to play with our cricket club for this coming Australian season from October 2015 until the end of December 2015.

 

St. Kevin’s is over 50 years old and plays cricket in the Eastern Cricket Association within suburban Melbourne, Victoria. We have 3 turf teams with nearly 50 playing members and numerous social members. The club has had recent success, playing finals cricket in the last few seasons, but are looking to take the next step and win a championship with all our teams. The senior core of players have vast experience in high levels of cricket within Australia and are able to provide knowledge, skills and training expertise to all members.

 

St. Kevin’s is interested in your participation in our senior teams. St. Kevin’s will look to develop your abilities even further with our coaching panel. You will also gain much experience in an extremely competitive environment, playing against some quality cricketers. We would also appreciate your involvement in our Training Program for seniors. Please note that St. Kevin’s will ensure that proper accommodation is provided to you during your stay in Australia. All other financial aspects, such as flights and employment can be arranged upon confirmation of your acceptance.

 

We look forward to your response in the affirmative and everyone at St Kevin’s are keenly anticipating your arrival for this coming season.

 

Yours Sincerely,

Sean Steinwall
Secretary – SKOB Cricket Club

Monday, July 13, 2015

3 tahun kemudian

1. Lamanya rasa tidak menjadi blogger! Pelbagai perkara berlaku di sepanjang perjalanan hidup Di Kedah, UKM, Sg Buloh, Ampang, Johor, Oustations, dan banyak lagi tempat kenangan! 

2. Dengan peluang ini, penulis akan muatkan pelbagai info ilmiah berkenaan kehidupan untuk digunakan sesama insan. Selagi ada idea yang dicurahkan, selagi mampu, motor otak berfungsi, nafas dalam jasad, perjuangan harus diteruskan, (selingan) tetiba retorik yang membawa pada hasutan minda! 

3. Cara penulisan juga akan serba sedikit mengikut gaya penulisan Tun Dr Mahathir mengikut kerangka susunan nombor di setiap agenda atau topik kecil. Kenapa gaya Dr. Mahathir? Cara penulisan beliau adalah gaya penulisan yang mudah dilakukan dan mudah difahami oleh semua peringkat masyarakat yang berbilang kaum dan memahami Bahasa Malaysia/Melayu. 

4. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...saya umumkan secara rasmi, Blog ini akan diaktifkan semula.

Assalamualaikum wbt dan selamat menempuh hari puasa di bulan yang pernuh barkah, Ramadhan.

Yang benar,
Penulis