Saturday, May 26, 2012

Klinik Kriket 12' Selesai

Alhamdulillah selesai sudah Klinik Kriket di SMK Bukit Rokan.
Peserta, Fasilitator, dan Ahli kelab sama-sama berkongsi kemahiran sukan kriket pada hari ini.

Aktiviti
1. Teknik Fielding - juggling between con, high catches and throwing.
2. Teknik Bowling - bowl to target. 
3. Teknik Batting - tap and go, hit full toss, hit on the ground tru target.
4. Perlawanan 5 overs antara pelajar (campur).
5. Perlawanan kutip bola dan sentuh badan (sistem belatok).

Pembayaran bas dilakukan sebelum bas bergerak.

Pembukaan yang tidak begitu formal, ada 2 cikgu sahaja. Dilakukan dengan kadar segera/spontan di astaka sekolah. Penutup untuk penghargaan kpd sekolah (cikgu-cikgu dan fasilitator), hadiah pemenang teknik-teknik/perlawanan/belatok.

Sesi fotografi bersama-sama semua peserta dilakukan di hadapan ruang astaka sekolah berlatar belakang kain rentang klinik kriket 12.

Makanan sangat baik dan tidak membazir. Dapat dihabiskan oleh semua yang terlibat dalam Klinik ini. Katering dibuat oleh kantin sekolah itu sendiri. Tempat makan untuk guru dan MT diletakkan di bilik makan khas oleh guru. Tong sampah dan tempat letak pinggan dan cawan disediakan oleh sekolah tersebut dan terletak di penjuru kantin.
Pagi - Mee goreng dan teh o panas
Tengah hari - Nasi ayam dan sirap
Petang - Meehoon dan teh panas
Pembayaran makanan dibuat oleh AJK makanan kepada cikgu Azmi SMKBR sejurus selepas tamat aktiviti penutupan di astaka.

Ahli kelab membantu fasilitator untuk mengutip segala maklumat bagi peserta terbaik di dalam setiap kumpulan. Air ditempatkan di bahagian tengah diantara dua kumpulan supaya dapat berkongsi minum air semasa rehat. Kebersihan tapak aktiviti dijaga dengan baik supaya dapat menimbulkan suasana bersih dan selamat utnuk melaksanakan aktiviti. Masa diberikan sebanyak 20 minit untuk pengajaran dan 10 minit untuk simulasi. 2 peserta terbaik di setiap kumpulan yang dipilih oleh fasilitator akan diserahkan kepada Coach Salahuddin untuk sesi simulasi. 

Banyak peluang dan penambahbaikan boleh dilakukan. Masa memainkan peranan penting di setiap aktiviti. Moderator (program) untuk mengawal aktiviti perlu diberi perhatian supaya kelancaran aktiviti dilakukan tanpa sebarang masalah dan kelewatan. Semua aktiviti dilakukan tanpa sebarang kecederaan. Masalah plug/con tertinggal dapat diatasi dengan kadar segera dan membuat kreativiti sendiri seperti beli jam/guna stump dan bola untuk digantikan barang-barang yang tertinggal. Pembahagian kumpulan/hadiah/tugasan dilaksanakan dengan baik. Pemikiran kritikal dan kreativiti menjadi punca utama kelancaran program ini. Secara keseluruhannya, ahli kelab kriket UKM dapat melaksanakan program ini dengan jayanya. Dengan perancangan yang baik akan membuahkan program yang cemerlang dan gemilang. Tahniah dan terus maju jaya.

Faiz M. Noor - 2012
Terima kasih di atas kerjasama anda. :)

p/s  : jika ada salah silap minta maaf dan disarankan untuk tambah jika terdapat masalah2 lain. Sama-sama kita kongsi pengalaman


No comments: