Wednesday, May 20, 2020

RUANG PUKULAN PEMUKUL

JENIS PUKULAN SERTA BERERAPA ARAH PUKULAN OLEH PEMUKUL

Perbezaan antara metodologi dahulu dan kini, setiap pukulan mengarah hanya kepada satu sasaran sahaja pada setiap jenis pukulan. Zaman kriket Moden kini telah mencapai evolusi baru terhadap arah pukulan oleh pemukul. Kriket T20 over telah memberi impak yang tinggi kepada evolusi pemukul zaman moden ini. Jenis pukulan merangkumi 360 darjah seperti bentuk oval kriket yang digunapakai oleh sukan kriket mengikut peraturan pertandingan Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) dan Pengasas undang-undang Kelab Kriket Marylebone (MCC).  

Berikut ada beberapa jenis pukulan yang boleh diterapkan di dalam latihan serta perlawanan kriket di lapangan tengah. 

1. STEP OUT DRIVE
  • Lantunan Bola 
    • Selalunya dibaling oleh pemutar di kawasan jarak lantunan terbaik pembaling (good length) di antara garisan wide off side dan leg side
  • Arah Pukulan Selamat
    • Ruang pukulan antara Cover dan Long Off
    • Ruang pukulan antara Mid Wicket dan Long On
  • Arah Pukulan Risiko Tinggi
    • Ruang Pukulan atas Cover diantara Sweeper dan Long Off
    • Ruang Pukulan atas pembaling diantara Long Off dan Long On
    • Ruang Pukulan Cow Corner diantara Deep Mid Wicket dan Long On

2. SQUARE CUT
  • Lantunan Bola
    • Dibaling oleh pembaling pantas di kawasan jarak lantunan pendek dan bola melantun sehingga paras pinggang ke bahu pemukul di luar antara off stump dan garisan wide off side
  • Arah Pukulan Selamat
    • Ruang pukulan antara Point dan 3rd Man
    • Ruan pukulan antara Point dan Cover
  • Arah Pukulan Risiko Tinggi
    • Ruang pukulan atas Point diantara 3rd Man dan
    • Ruang pukulan antara Wicket Keeper dan 3rd Man
    • Ruang pukulan atas Wicket Keeper diantara 3rd Man dan Fine Leg

3. PULL SHOT
  • Lantunan Bola
    • Dibaling oleh pembaling pantas di kawasan jarak lantunan pendek dan bola melantun sehingga paras pinggang ke kepala pemukul diantara luar off stump dan leg stump
  • Arah Pukulan Selamat
    • Ruang pukulan antara Mid Wicket dan Long On
    • Ruang pukulan antara Mid Wicket dan Square Leg
    • Ruang pukulan antara Square Leg dan Fine Leg
  • Arah Pukulan Risiko Tinggi
    • Ruang pukulan Cow Corner diantara Deep Mid Wicket dan Long On
    • Ruang pukulan atas Square Leg diantara Deep Mid Wicket dan Deep Fine Leg

4. FLICK/GLANCE
  • Lantunan Bola 
    • Dibaling oleh pembaling pantas di kawasan jarak lantunan penuh dan bola melantun sehingga paras buku lali ke lutut pemukul diantara off stump dan leg stump
  • Arah Pukulan Selamat
    • Ruang pukulan antara Square Leg dan Mid Wicket
    • Ruang pukulan antara Square Leg dan Fine Leg
    • Ruang pukulan antara Mid Wicket dan Long On
  • Arah Pukulan Risiko Tinggi
    • Ruang Pukulan atas Square Leg diantara Deep Mid Wicket dan Deep Square Leg
    • Ruang Pukulan atas Long Leg diantara Deep Fine Leg dan Deep Square Leg

5. SWEEP
  • Lantunan Bola 
    • Selalunya dibaling oleh pemutar di kawasan jarak lantunan terbaik pembaling (good length) di antara garisan luar off stump dan leg stump
  • Arah Pukulan Selamat
    • Ruang pukulan antara Mid Wicket dan Long Off
    • Ruang pukulan antara Mid Wicket dan Square Leg
    • Ruang pukulan antara Square Leg dan Fine Leg
  • Arah Pukulan Risiko Tinggi
    • Ruang Pukulan atas Cow Corner diantara Mid Wicket dan Long Off
    • Ruang Pukulan atas Square Leg diantara Deep Mid Wicket dan Deep Square Leg
    • Ruang Pukulan atas Fine Leg diantara Wicket Keeper dan Fine Leg

6. REVERSE SWEEP
  • Lantunan Bola
    • Dibaling oleh pemutar di kawasan jarak lantunan terbaik pembaling (good length) di antara garisan luar off stump dan leg stump
  • Arah Pukulan Selamat
    • Ruang pukulan antara Point dan 3rd Man
    • Ruan pukulan antara Point dan Cover
  • Arah Pukulan Risiko Tinggi
    • Ruang pukulan atas Point diantara 3rd Man dan Sweeper
    • Ruang pukulan antara Wicket Keeper dan 3rd Man

Sunday, April 19, 2020

Clay Pitch

Lapangan tengah (Pitch) tanah ini amat penting untuk semua pemain kriket. Pelbagai jenis tanah yang boleh digunakan untuk menjadikan lapangan tengah yang boleh dipakai semasa perlawanan kriket berlangsung selama sehari, lebih kurang 7 jam tanpa henti. Di Malaysia, jenis tanah yang sesuai dipakai adalah tanah liat dari Harrison Dam, Darwin yang mempunyai ciri warna yang gelap dan boleh tahan keras di cuaca panas. Disebabkan kos yang tinggi untuk baik pulih menggunakan Tanah Darwin ini, tanah tempatan yang berwarna merah keorenan digunapakai.

Bagi menyediakan situasi sebenar di dalam perlawanan kriket ataupun dikenali sebagai simulasi perlawanan sebelum perlawanan sebenar berlangsung, keadaan lantunan, putaran, pergerakan bola perlu dihasilkan sama dengan keadaan semasa perlawanan yang akan dimainkan. 

Di setiap tempat permainan kriket profesional/(international) - mereka memastikan tempat latihan diadakan di lapangan tengah pitch yang bertanah, bukannya di lapangan tengah (pitch) tiruan (synthetic).
Persediaan atlet adalah sangat penting bagi persiapan perlawanan yangbakan datang.