Thursday, May 31, 2012

Kriket - Piala Menteri Sukan

Perlawanan Kriket (10over) di antara pasukan Menteri Belia Dan Sukan menentang pasukan Media SAM
31 Mei 2012 Kinrara Oval 5-8pm

Tetamu undangan Dato Shaberi Cheek Menteri Sukan 2012.
Bersama-sama diiringi Tunku Imran Penaung MCA.
Juga kelihatan jaguh squash negara, Azlan Iskandar.
Pelakon veteran terkenal Dato Rahim Razali turut hadir memeriahkan majlis.

Pasukan media tidak kurang hebatnya dengan membariskan pemain2 seperti Hafizal Hamad (RTM), Abu Bakar Atan (TV3) dan sebgainya.

Sesi latihan kepada Dato Shaberi Cheek di lapangan tengah :
Batting dengan memakai kelengkapan kriket.
Bowling dengan jarak penuh.
Diikuti dengan latihan kepada jaguh squash Azlan Iskandar.

Sesi tangkap gambar VVIP bersama pasukan kriket Malaysia (senior,u19,16 dan womens)

Pasukan Dato Shaberi Cheek membuat pukulan dahulu.
Kelibat Dato amat dinanti2kan kerana ini kali pertama Dato bergiat secara langsung dalam sukan kriket ini.
Walaupun pasukan Media baru shj bermain tetapi semangat yang ditunjukkan amat menakjubkan.
Dato memikul tugasan sebagai pemukul no 3 dalam pasukan.
Dato dapat melakukan pukulan serta mendapat pungutan mata dengan tanpa sebarang masalah.
Penyokong2 memberi sorakan kpd Dato sebgai pencetus semangat di dalam kawasan permainan.
Kelibat Azlan Iskandar muncul sejurus selepas Dato dikeluarkan oleh pihak lawan iaitu Abu Bakar Atan.
Azlan membuat pukulan selamat di awal permainan. Apabila arahan diberikan oleh rakan pasukan (Iqbal Ali) untuk melakukan pukulan jauh, baru Azlan mengeluarkan skill dia.
Azlan dapat melakukan pukulan boundary four sebanyak 2 kali dan tidak dapat ditumbangkan oleh pihak lawan.

Perlawanan dihentikan kerana faktor cuaca hujan lebat yang tidak berhenti dan akhirnya penganjur membatalkan perlawanan ini. Majlis penutup dilakukan selepas makan malam berakhir.

Sangat gembira melihat Azlan semangat untuk bermain kriket, memakai peralatan kriket buat kali pertama, tidak selesa dengan perlindungan alat sulit (ball guard). Walaupon berlainan teknik dan kefahaman dalam sukan, azlan tetap dapat mengadaptasikan dirinya untuk berkecimpung dalam sukan kriket. Feedback dari dia adalah amat menggembirakan kerana dia ingin bermain lagi kerana merasakan permainan kriket ini adalah sukan yang menyeronokkan. Begitu juga dengan Dato yang sanggup menunggu hujan berhenti supaya perlawanan dapat dijalankan seperti biasa. Malangnya hujan masih tidak berhenti. Pasukan Media berhajat untuk membuat latihan intensif dalam sukan kriket kerana berhajat untuk membuat sekali lagi perlawanan seperti ini. :)

Majlis2 sperti ini perlu dilakukan seberapa kerap untuk memperkembangkan sukan kriket di tanah air. Dengan harapan, langkah pertama ini dapat membuka mata rakyat Malaysia untuk minat kepada sukan ini. Tidak lupa juga kepada kementerian yang lebih mengenali sukan ini dan juga pihak media yang akan memperluaskan sukan ini di Media elektronik, cetak dan sebagainya.

:-) Pengalaman yang bermakna

No comments: