Friday, August 14, 2015

Padang Kriket di Ipoh

Padang Renjer 
Permukaan pitch atau lapangan tengah sedikit kesat kerana permukaan carpet sudah lama digunakan. Kawasan yang luas mengakibatkan kekeringan permukaan carpet. Keadaan ini beri sedikit bantuan pusingan bola untuk spinner. Kawasan padang yang luas mencukupi standard piawai ukuran ICC. Permukaan padang kering dan keras serta lekuk beri tambahan kelajuan bola selepas dipukul.

Padang Kilat
Permukaan pitch atau lapangan tengah sedikit laju dan melantun sederhana tinggi. Jika tidak digunakan begitu lama, lumut akan terkumpul disekitar permukaan lapangan tengah. Ini akan mengakibatkan pergerakan pemukul dan pembaling di tahap optimum kerana lincin. Tiada pusingan bola boleh dihasilkan kerana permukaan lincin dan boleh menghasilkan penambahan kelajuan secara rawak. Kawasan padang yang sedikit kecil beri peluang untuk pemukul memungut mata yang banyak. Keadaan padang yang mempunyai drainage atau laluan air yang baik serba sedikit membantu permukaan padang yang lembut dan mudah untuk memadang. Keadaan lekuk menjadi kebiasaan apabila padang tersebut digunakan untuk sukan bola sepak juga.

Padang Ipoh
Permukaan pitch atau lapangan tengah punyai lantunan yang tinggi kerana permukaan yang baru dan mempunyai lekuk atau bekas teresan di tengah-tengah pitch. Jika bola terkena teresan  tersebut, bola akan melantun tinggi melampaui jangkauan. Sedikit putaran kerana ketebalan permukaan yang baru beri bantuan pergerakan bola. Padang yang luas dan kawasan lapang. Permukaan padang yang lembik dan rumput yang tebal, ini boleh membantutkan keseluruhan pungutan mata. Pukulan bawah yang sangat kuat, baru dapat melepasi garisan boundary. Manakala, pukulan atas tidak melepasi garisan boundary tidak menjamin larian 4 dengan mudah kerana bola kerap berhenti setelah melantun ke tanah kerana permukaan padang yang lembik dan rumput yang panjang. Perlu memukul mata 6 dengan lebih kerap untuk dapat pungut mata yang maksimum. Larian pantas setiap kali pukulan bawah melepasi kawasan permainan 30 ela.