Sunday, October 25, 2009

Proses Refleksi Metakognitif

Proses refleksi metakognitif merupakan satu proses mengingat kembali segala yang telah kita lakukan dari awal hingga ke akhir sesebuah tindakan. Pada proses membangun sesebuah blog P&P, penulis telah mengambil 4 strategi utama dimana dibawah strategi tersebut terdapat beberapa tindakan lain. Pembaca boleh lihat rentetan perjalanan penulis dalam membangunkan laman blog P&P.

Langkah pertama -PERANCANGAN

Pada peringkat awal ini, pengkaji telah membuat pelan tindakan terlebih dahulu. Hal ini bertujuan supaya pengkaji dapat lihat secara keseluruhan tindakan yang bakal diambil. Pelan tindakan yang dibuat termasuklah senarai semak perkara yang ingin dilakukan.

Langkah kedua - GERAK KERJA DAN TINDAKAN

Peringkat kedua pula melibatkan peringkat pelaksanaan gerak kerja mahupun segala tindakan yang telah dirancang pada peringkat pertama tadi. Pada peringkat ini, pengkaji telah mengambilenam tindakan iaitu :

1.Mencari tajuk yang sesuai di dalam buku teks
Pengkaji telah mencari tajuk yang difikirkan sesuai di dalam buku teks. Pengkaji menyenaraikan beberapa tajuk yang difikirkan baik dan akhirnya pengkaji telah memilih tajuk Komputer dalam Pendidikan di bawah bab penggunaan komputer dan penggunaan sesebuah Perisian di dalam komputer.

2.Mencari buku atau sumber rujukan tambahan
Seterusnya pengkaji telah ke perpustakaan Tun Sri Lanang bagi mencari buku dan sumber rujukan tambahan. Pengkaji tidak hanya menggunakan buku teks sebagai maklumat utama tetapi mengambil kira sumber lain seperti melayari internet. Pengkaji telah menggunakan 10 buah buku dan rujukan tambahan dalam pembinaan blog ini.

3.Membuat peta konsep
Setelah memperolehi bahan rujukan tambahan, pengkaji telah membuat peta konsep. Hal ini bertujuan supaya pengkaji dapat melihat dan menentukan jumlah objektif yang bakal dilaksanakan. Peta konsep yang sesuai adalah menggunakan perisian micosoft Power Point untuk dijadikan sebagai gambar

4.Mencari template yang bersesuaian
Langkah seterusnya adalah mencari template yang bersesuaian bagi blog P&P pengkaji. Template yang hendak digunakan mestilah bertetapan dan bersesuaian dengan tajuk yang dipilih. Bukan itu sahaja, ia mestilah mampu menarik minat golongan yang ingin membaca blog yang ingin dibangunkan tidak kira apa jua golngan pembaca.

5.Memasukkan segala isi kandungan mengikut peta konsep
Tindakan terakhir pada peringkat kedua ini adalah memasukkan segala isi kandungan blog mengikut maklumat yang terdapt pada peta konsep. Dalam erti kata lain, aktiviti post dilakukan pada peringkat ini. Isi kandungan yang dimasukkan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam buku teks serta bahan-bahan bacaan lain yang difikirkan sesuai dan bertetapan dengan tajuk. Isi kandungan hendaklah menepati sepuluh kriteria yang telah ditetapkan.

Langkah ketiga - PEMANTAUAN DAN PEMERHATIAN

Peringkat ketiga pula melibatkan peringkat pemantauan dan pemerhatian ke atas segala tindakan yang telah dilaksanakan pada peringkat kedua tadi. Pada peringkat ini, pengkaji telah mengambil dua tindakan utama iaitu :

1.Melakukan pengharmonian ke atas blog
Pada tindakan ini, pengkaji telah melakukan pengharmonian ke atas blog dimana memasukkan elemen-elemen lain yang difiirkan sesuai ke dalam blog. Antara elemen-elemen tersebut adalah jam, kalender, label, biodata pengkaji dansebagainya. Langkah ini diambil bagi memperlihatkan kecantikan blog disamping mampu menarik minat pengunjung blog.

2.Membuat penambahan isi yang difikirkan sesuai
Seterusnya, pada langkah ketiga ini juga pengkaji telah membuat penambahan isi kandungan yang difikirkan sesuai. Ia terdiri daripada tips-tips penggunaan komputer serta sumber rujukan. Hal ini bertujuan agar para pembaca lebih meyakini akan kesahihan maklumat yang diberikan.

Langkah keempat -PENILAIAN

Peringkat keempat pula ia melibatkan peringkat terakhir iaitu proses penilaian ke atas segala tindakan yang telah dilaksanakan pada peringkat ketiga-tiga peringkat tadi. Pada peringkat ini, pengkaji telah mengambil dua tindakan utama iaitu :

1.Membuat penambah baikan ke seluruh blog
Tindakan pertama pada peringkat ini adalah dengan membuat penambah baikan ke atas seluruh blog sama ada isi kandungan, grafik, elemen dan sebagainya. Ia bertujuan untuk memperbetulkan mana-mana bahagian yang terdapat kesilapan ataupun kekurangan. Tindakan ini dilakukan setelah meminta pandangan daripada beberapa orang rakan yang lain .

2.Membuat refleksi
Seterusnya adalah tindakan terakhir iaitu membuat refleksi. Refleksi bertujuan untuk mengimbas kembali segala perlakukan ataupun tindakan yang telah diambil dari awal proses penubuhan laman blog tersebut. Tindakan ini mengajar pengkaji supaya mampu berfikir secara kritis.