Monday, July 13, 2015

3 tahun kemudian

1. Lamanya rasa tidak menjadi blogger! Pelbagai perkara berlaku di sepanjang perjalanan hidup Di Kedah, UKM, Sg Buloh, Ampang, Johor, Oustations, dan banyak lagi tempat kenangan! 

2. Dengan peluang ini, penulis akan muatkan pelbagai info ilmiah berkenaan kehidupan untuk digunakan sesama insan. Selagi ada idea yang dicurahkan, selagi mampu, motor otak berfungsi, nafas dalam jasad, perjuangan harus diteruskan, (selingan) tetiba retorik yang membawa pada hasutan minda! 

3. Cara penulisan juga akan serba sedikit mengikut gaya penulisan Tun Dr Mahathir mengikut kerangka susunan nombor di setiap agenda atau topik kecil. Kenapa gaya Dr. Mahathir? Cara penulisan beliau adalah gaya penulisan yang mudah dilakukan dan mudah difahami oleh semua peringkat masyarakat yang berbilang kaum dan memahami Bahasa Malaysia/Melayu. 

4. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...saya umumkan secara rasmi, Blog ini akan diaktifkan semula.

Assalamualaikum wbt dan selamat menempuh hari puasa di bulan yang pernuh barkah, Ramadhan.

Yang benar,
Penulis

No comments: