Tuesday, March 15, 2011

5 langkah Teknologi Dalam Sukan dapat diterapkan di dalam masyarakat

Kejayaan pembangunan sukan Negara perlu bermula dengan menggerakan masyarakat aktif dalam sukan sebagai amalan dan budaya hidup mereka. Pendekatan teknologi dalam sukan ini dapat membantu masyarakat memahami dan melakukan aktiviti sukan dengan lebih mudah dan cepat menghasilkan keputusan yang baik. Dengan itu, saya sertakan cadangan saya berkenaan langkah-langkah untuk menerapkan teknologi dalam sukan ini kepada masyarakat kita.

Pendidikan Sains Sukan

· Akademik / intelektual : sains sukan merupakan satu ilmu pengetahuan yang memfokuskan kepada pelbagai teori, prinsip dan kajian yang melibatkan sains. Pelbagai konsep dijanakan daripada bidang sains seperti anatomi & fisiologi, kinesiology dan sebagainya

· Generik / kontemporari : sains sukan selalunya dipandang sebagai satu cabang ilmu daripada pendidikan jasmani. Memang tidak boleh dinafikan bahawa kedua-dua subjek mempunyai banyak persamaan. Akan tetapi, objektif masing-masing adalah tidak sama

· Program Sains Sukan Kebangsaan : sains sukan adalah aktiviti kesukanan yang direka bersesuaian dengan hasil kajian sains

Peralatan sukan yang sesuai

· Dengan sains dan teknologi peralatan sukan yang lebih jitu dan sesuai dengan peringkat umur dan jantina ahli sukan dapat dihasilkan

· Teknologi computer telah digunakan untuk mereka bentuk peralatan sukan berpandukan hokum-hukum fizik dan matematik, umpamanya, lembing yang bersifat aerodinamik.

· Penggunaan bahan atau fabric pakaian yang sesuai membolehkan ahli sukan berasa selesa dan sejuk ketika bersukan atau berlatih

Teknologi maklumat dan telemunikasi meningkatkan kecemerlangan sukan

· Teknologi ICT seperti videoserta satelit komunikasi membolehkan teknik-teknik sukan yang baik dikesan untuk dipelajari

· Rancangan siaran langsung sesuatu acara sukan ke seluruh pelusuk dunia boleh meningkatkan kepopularan sukan

· Kutipan besar daripada yuran iklan boleh membiayai ahli-ahli sukan yang berjaya

· Keadaan ini mendorong ahli-ahli sukan berusaha gigih untuk meningkatkan prestasi mereka seperti menjadi ahli sukan professional

Sains pemakanan membantu meningkatkan pencapaian ahli sukan

· Prestasi fizikal atlet adalah berkait rapat dengan corak pemakanannya

· Pengambilan diet yang betul atau seimbang akan menghasilkan tenaga yang berterusan dan membantu pemulihan segera

· Sains pemakanan banyak digunakan menetukan kuantiti zat makanan seperti protein, karbohidrat atau vitamin tertentu yang optimum untuk ahli sukan

· Analisis komposisi zat makanan membolehkan pakar-pakar diet mencadangkan sarapan terbaik untuk meningkatkan prestasi ahli sukan

Kemudahan dan prasarana untuk bersukan

· Kemudahan sukan dan permainan seperti padang dan gelanggang dapat menampung keperluan sukan dan riadah masyarakat yang semakin bertambah

· Pelbagai variasi pearalatan boleh diguna pakai seperti mini gymnasium di taman bunga dan sebagainya

· Kemuadahan ini sidikit sebanyak dapat member peluang kepada masyarakat untuk bersukan semaksima mungkin

Rujukan :

http://dreamcometrue.5d6d.com/thread-1066-1-1.html

http://www.scribd.com/doc/48297057/Sains-Dan-Teknologi-Dalam-Memajukan-Sukan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains_sukan

http://www.freewebs.com/outdoorasia/Microsoft%20Word%20-%20dr%20julismah%20article.pdf

http://www.scribd.com/doc/21696616/Cabaran-Sukan-Negara-Membangun

Ahmad Faiz Bin Mohammad Noor

A126033

afaiz_ssbj@yahoo.com

No comments: